Sejarah Alice (kumpulan muzik)

Pra-debut

Sebelum kumpulan ini debut, Kim So-hee dan Min Ka-rin adalah peserta rancangan realiti Kpop Star 6.[3]

2017–2020: Debut dengan We, First, Color Crush dan Summer Dream, Pembentukan semula kepada 7 orang ahli dan Jackpot

Pada 1 Jun 2017, kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka We, First yang mengandungi lima buah lagu termasuk single utama dengan nama yang sama.[4]

Album mini kedua mereka Color Crush dikeluarkan pada 13 September 2017 yang mengandungi lima buah lagu termasuk single utama "Pow Pow".[5]

Pada 6 Jun 2018, Hunus Entertainment mengesahkan bahawa Elris akan comeback pada 28 Jun dengan album mini ketiga Summer Dream.[6] Pada 28 Jun, kumpulan ini mengeluarkan album mini ketiga mereka, yang mengandungi tiga buah lagu, termasuk single utama "Summer Dream".

Kumpulan ini mengeluarkan single digital bertajuk "Miss U" pada 12 November 2019.[7]

Pada 12 Februari 2020, Hunus Entertainment mengesahkan bahawa kumpulan ini telah menambah dua orang ahli baru iaitu, EJ dan Chaejeong.[1] Kumpulan ini comeback pada 26 Februari dengan album mini keempat mereka "Jackpot" dengan single utama nama yang sama, ini menandakan comeback pertama kumpulan ini sebagai tujuh orang ahli.[8]

2021–sekarang: Agensi baharu, penjenamaan semula

Pada 1 Disember 2021, diumumkan bahawa Elris akan dipindahkan ke IOK Company.[9]

Pada 11 April 2022, telah diumumkan bahawa kumpulan ini telah dijenamakan semula kepada Alice, dengan Hyeseong menukar nama pentas kepada Yeonjae dan Bella menukar nama pentas kepada Do-A.[10] Ia juga diumumkan bahawa mereka akan membuat comeback pada bulan Mei.[11]

Rujukan

WikiPedia: Alice (kumpulan muzik) http://news.donga.com/Main/3/all/20170601/84670414... http://tenasia.hankyung.com/archives/1221469 http://entertain.naver.com/read?oid=109&aid=000353... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga...